Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Julai 22, 2010

cuci "sawang"




hurrmmmm.... dah lama sangat tak update blog ku ini. bukan xde idea tp banyak sangat alasannya @ halangan.

1/ laptop cumel ku dah takde so xde mood nk on laptop papa
2/ pehtu laptop yg ada tu jiran sebelah pinjam (kdg2) cz dia nak wat assignment (laptopnya bateri dah out terus)
3/ xde mood cz mood asyik nak ngemas aje

selama2 tak update blog ni mama masih mengikuti semua blog kawan2 yg update blog memasing tapi mama just jadi silent reader cz online guna handphone yg biasa2 je so terhad lah sikit penggunaannya. nak sangat komen tapi.....pendam je lah. nak balas komen pun sama.

harap2 pasni jd rajin sikit update blog bila dah pindah. tu pun klu lain streamyx leh transfer ke sana lah. hurmmm......



Selasa, Julai 13, 2010

bukit gambang resort


ahad : 11.07.2010 : 12.30pm - 5.00pm : bukit gambang resort, kuantan
hari ni pepagi dah bangun awal cz semangat nak bermandi manda. dalam kul 8-10am g meronda di pasar pagi temerloh tu. sje bw mak, abah & adik jln2 cz pas ni dah tak leh g dah. syok psr pg ni cz ramai sgt yg berniaga & macam2 ada.
lps sarapan + ronda2, terus bertolak keta masing2 menuju ke destinasi. kul 12 dah sampai. beli tiket & topup then lunch dulu kat luar ( bawa bekal sendiri cz nak jimat ). kul 12.30 bermulalah operasi bermandi manda.
nu'man suka sangat mandi. alif tak yah citerlahkan. nu'man tak suka guna pelampung yg sesuai dengan dia. just nak duduk bawah & tepuk2 air je. relax dlm air smp nak tertdo sangat. sementara nu'man tdo mama + liha + papa beroperasi menjelajah apa yg patut. puas gak main luncur dalam terowong.
then dlm kul 3 lebih dah stop dah cz siap2 nak balik pulak menuju destinasi memasing. hik.... ada 3 buah kereta, 3 destinasi :-)
tiket dewasa : RM 19.90
tiket budak bwh 90cm : RM 12.90 (seb baik alif lepas so free )
topup : min RM 50 ( utk sewa pelampung, makan, dll tp akn dpt semula bakinya )
yang join : mak, abah, my family, my 2nd brother with family & adikku (liha)

award from sue @ animarina

thanks su cz ni award PERTAMA yg aku dapat sejak mula nak ber'blog' ni. sebenarnya dah lama nak ambik tp macam2 hal jadi so xde masa nak update. mlm ni kugagahkan jua mengemaskini & membuang segala sawang yg dah mula bergayut.

nak bagi sape ye award ni???? sume sue dah tag kan so lain kali lah ye. hik...

Isnin, Julai 12, 2010

accident again :-(

bumper yg pecah di tengah2 + no plat pn patah & hilang

bahagian bumper hujung sebelah kiri dah tertanggal & pecah






khamis : 08.07.2010 : 6.10pm : temerloh, pahang
hurmmm...ntah malang apa lah yg menimpa mama hari ni. sungguh KECEWA. ptg lepas ambik alif + nu'man kitorang plan nak g pasar malam. janji jumpa papa kt pasar gaks. tgh syok2 drive kat jln sehala menuju parking mama pun slow2 lalu cz nak bahagi keluasan jalan sama rata dengan org yg menyongsang jalan + main parking je kt kiri kanan jalan so dalam kata lain jalan tu SEMPIT sangat.


tengah syok2 bergerak tiba2 je POM & alif pun terkedepan sikit. mama blur je cz mama langgar orang ke???? rupa2nya mamat rempit mana tah langgar keta mama. mamat tu jatuh sikit je lah. motor pun sompek sikit je bhgn plat. orang ramai yg nampak sume kata mamat tu salah cz laju sangat.

yg buat mama bertambah geram.....mamat tu cepat2 blah and just say "sory kak sorry kak". mama tercengang2 cz tak sempat nak watpe & dia terus blah walaupun ada 2-3 org tahan dia. GERAM cz x sempat nak minta ganti rugi @ no phone. plat motor dia pulak mama ingat2 lupa je.

then nampak lah mamat tu g mana & parking kat ne. sementara mama cari parking + tunggu papa datang, mamat tu dah blah. takutlah tu cz SALAH kan.

lega sikit cz anak2 selamat, just kuar RM10.00 je utk buat plat yg baru. bumper pulak minta kat abang deen (2nd brother). seb baik x kuar duit manyak2 :-(

utk pengetahuan, ni kali kedua mama dilanggar dari arah belakang atas kecuaian pemandu lain. huwaa.....

kemalangan pertama : berlaku dalam thn 2008 masa baru nk sampai tempat kerja. ada 1 minah cina yg hampeh & kurang ajor langgar masa mama tgh membelok ke pejabat. dia pulak bawa memang laju cz dh lambat masuk keja tp dengan selamba je dia marah2 mama & kata mama salah dll. memang gaduh sakanlah cz dia panggil kawan dia yg mengong gak. disebabkan mama tensen, mama panggil bos setelkan cz sama2 cina. penyelesaiannya dia kata nk ganti & cat segala bagailah tapi janji manismu aje. langsung x penah ganti apa2 pun sampai skrg. masatu mama bernasib baik juga cz dah hantar alif ke taska then kawan papa bagi bumper free aje tp warna lainlah.

Selasa, Julai 06, 2010

gajah

tempat : kuala gandah, lanchang
hari : sabtu
tarikh : 03.07.2010
masa : 8.15am - 3.30pm

hari ni kitorang satu keluarga g melawat tempat gajah ni. sebenarnya join lawatan taska tempat alif duduk. lawatan ni untuk budak2 umur 3 thn ke atas. join cz murah aje.

Papa + mama : RM 20.00
Alif Naufal : RM 8.00
Alif Nu'man : Percuma je lah

kitorang bertolak naik keta sendiri aje walaupun taska ada sediakan bas. malaslah naik bas cz mama takut mabuk. hik...

aktiviti tak banyak sangat tapi enjoy je.... just tengok gajah dr baby hinggalah yg besar, bagi makanan, dengar penerangan sikit, tgk persembahan gajah sikit, pertandingan mewarna, makan2 & penyampaian hadiah.

yang bestnya kitorang berjaya membawa pulang 2 hamper cabutan bertuah. seronok sangat walaupun ia hadiah yg simple. tapi bukan senang nak dapat kan. kira rezki kitorang lah tu. alhamdulillah

no yang bertuah itu : 016 & 018

gambar???? tak sempat nak update cz laptop rosak so bleh g sini ye...
http://www.facebook.com/profile.php?id=1215692164&v=wall&story_fbid=110921968957197#!/album.php?aid=2071664&id=1215692164

Jumaat, Julai 02, 2010

1 julai 2010

bermula hari ini, papa secara rasminya mula bekerja dan duduk di pejabat Radibems di Kota Damansara. sebelum ni just datang bila ada kepentingan aje. so bermulalah kehidupan baru di sana.

bermula hari ini, papa sudah mula duduk di rumah sewa yg baru terletak kat kuang tu. cian papa kena duduk sorang2 dalam rumah yg besar & tiada sebarang perabot dan kelengkapan yg patut. just basic only.

bermula hari ni, mama akan duduk bersama anak2 selama 5 hari 4 malam dalam setiap minggu cz kitorang still stay kat temerloh sampailah berpindah. plan nak pindah 25/7 @ 8/8. tarikh 31/7 @ 1/8 tu memang sesuai sangat nak pindah tapi mama ada reunion SEMSAS. dah bayar segala yuran so takkan nak cancel. lagipun teringin sangat nak jmp kengkawan yg dah lama tak jumpa.

hari ini, mama secara rasminya telah meletakkan surat perletakan jawatan @ berhenti kerja. mama print & letak dalam sampul biasa aje. tapi malangnya bos muda xde so ia terbiar begitu sahaja. tapi kutahu bini bos dah baca. he2 petang masa nak balik dah, bos tua ( bos besar ) bertanya " u nak berenti kerja ye?" bila mama jawab YA, dia kata mama tipu. dalam kata lain derang tak percaya mama nak berhenti kerja. sabor je lah..

Khamis, Julai 01, 2010

kesedihan

Yang Pertama :
Huwaaaaaa…… laptop comelku separa hancur. Kenapa? Bagaimana?
Hurmmm…. Lepas je kuar dari giant & di parking kereta. Cuaca agak panas. Sampai2 je di kereta papa terus ambil laptop yg disorokkannya & letak di atas bumbung kereta. Masukkan alif dalam kereta, kemas barang, start enjin, mama + nu’man masuk dalam kreta, papa tutup bonet & terus masuk dalam kereta.

Agak kelam kabut juga cz nak cepat2 ditambah pula ada orang nak masuk parking. Then cool je kuar dari giant menuju ke sungai buloh. Masa belok di simpang pertama & potong sebuah lori……lori tu hon dengan kuatnya + bagi lampu 2-3 kali. Puas mama pikir cz apa salah kitorang tp mama xde jwpn. Tetiba papa kata “mama, laptoplah!”.

Then papa dah tak keruan drive & terus belok dengan lajunya di simpang dpn sblh kiri. Sepatutnya kitorang ke kanan. Papa cepat2 keluar kereta & berlari. Terus mama dapat jwpn, laptopku sudah jatuh & cnfirm dilanggar orang. Seb baik orang tu tak langgar papa. Orang tu hanya angkat tangan tanda maaf.

Cerita pendek papa “papa kona laju2 cz ternampak ada sebiji motor yg mengekori & bergaya seperti ingin mencuri laptop itu. (memg senang nak ambik cz kt tepi aje) papa cepat2 belok & brek.”

Maybe masa membelok dgn laju tu lah laptop ku itu tercampak ke tgh jalan. Orang naik motor tu pun hamper melanggar keta kitorang.

Papa kecewa sgt & rasa ralat sangat. Laptop comel ku itu baru aje dibeli & blm habis bayar. Papa asyik membelek2 laptop bila berhenti di lampu isyarat.

Keadaannya : separa sihat. Masih boleh digunakan tapi sambung kat monitor lain. Screen hancur. Body masih mantop.


yang kedua :
oleh kerana papa dah kena bertugas di KD bermula 1 julai so mama kena bagi notis untuk berhenti kerja. Sedih gak nak berenti cz dah lebih 4 thn keja kat syarikat ni. Bermula dari gaji RM 500.00 je tau walaupun ada Ijazah. He2 keja kat sini memang best sangat cz banyak goyang kaki daripada wat kerja. Kiranya tempat ku berehat gakle. gaji pun bleh tahanle. dapat gak ribu2.

Yang ketiga :
Kena berjauhan dengan papa + jaga anak sorang2 dalam tempoh yang agak lama dari biasa. 5 hari 4 malam tu. Semoga mama berjaya mengharunginya. Ya Allah kau kuatkanlah semangatku ini.

Yang keempat :
Sedihnya nak tinggalkan rumah yg selesa sangat ni. Dahle sewa tersangatlah murah. Parking lot yg luas dan lain2 lah.

Yang kelima :

Sedih nak tinggalkan kawan2 cz hilang dah pelanggan offline ku. Hik…. Harap2 biz makin maju bila pindah sana. Insyaallah

pencarian

tarikh : 26 & 27 jun 2010
hari : sabtu & ahad
lokasi : Kota Damansara, Damansara Damai & Sg Buloh
masa : 3.00pm – 2.00pm


:: sabtu ::
pagi2 dalam kul 8 lebih papa g pejabat dulu cz ada program sikit. Janji kul 10 nak balik tapi kul 10.30 br sampai rumah. Mama takleh wat keja sangat cz nu’man asyik nagmuk je bila ditinggalkan. Siap2 akhirnya kul 11 br bertolak ke KL. Dalam kul 3.00pm bermulalah sesi melihat rumah.

Mula2 g tengok kat alam flora. Kat sini jmp 2 agen, melawat 3 buah rumah, ada kekosongan lebih dr 10 rumah. Kitorang tgk yg keluasan 850sqt ke atas je. Sewa dalam rm500 – rm650. So bincang2 aje dulu.

Then menuju ke Damansara damai utk melihat 1 rumah flat yg dah modified. Cantik juga rumahnya. Pemandangan dr rumah tu pun cun tapi sewa agak mahal & tak berbaloi dgn keluasan rumah. RM 500.00

Pehtu pencarian ditamatkan cz penat sgt. Byk gak nmpk rumah disewa tp bila call, dah ada penyewa. Awatlah derang x buang je iklan tu. Wat bazir duit kitorang je calling2.

Then sempat gak g bukit jalil cz nak jumpa supplier ambik stok sambal kentang. Sesi tamat lebih kurang 10.30pm. dah selamat sampai ke kajang rumah Amin ( adik papa ). Sesi sembang2 & tidurlah cz penat sangat.

:: ahad ::
Pencarian bermula kul 10.00am. terus menuju ke kuang cz dah teringin nak tgk rumah dlm iklan mudah tu. Puas cari jalan so try guna 3G & GPS tp hampes aje. Perjalanannya memang bleh smp tp jauh giler. Kitorang kemain follow aje sampai masuk ke ceruk mana ntah. Padahal dekat aje tp jd jauh sgt. Kul 12.15pm br smp. Lega bila dpt tgk rumah tu.

Lps sembang2, lepak2 jap then terus wat keputusan……SEWA. Terus byr deposit RM 200.00 cz makcik tu cakap dah ramai yg tgk tp blm bg kptusan. Pehtu lps kitorang tu ada lg yg nk tgk. Tanpa pikir byk kitorang trs bayar. Ha3

Then lega cz sesi mencari rumah tamat. Sebenarnya ada nak tgk 2-3 buah lg tp bior je lah. Lepas tu kitorang test g tempat keja papa pulak. Berehat & ronda2 di giant pehtu kembali semula ke rumah itu. Terus bayar full payment utk menyewa.

Deposit : RM 570.00
Sewa : RM 570.00
Api + Air : RM 200.00

JUMLAH : RM 1340.00

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...